Wednesday, July 13, 2011

SINOPSIS :PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SINOPSIS : PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN


Teknologi internat dalam pendidikan :ciri,penggunaan,aplikasi dan multimedia interektif.

                   Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia juga sesuai dijadikan alat membantu guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Penggunaan komputer dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang. Menurut  Heinich (1996) komputer mampu mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Komputer boleh bekerja pantas tanpa henti selama 24 jam. Dunia, kini telah berlakunya satu perkembangan dalam teknologi maklumat. Komputer telah dihubungkan dengan jaringan internet yang membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat dapat menyebarkan segala maklumat kepada lapisan masyarakat. Malaysia telah  mengambil inisiatif untuk memperkembangkan teknologi komunikasi dan maklumat dengan menubuhkan kondoridor  raya multimedia (MSC) . 7 aplikasi utama dalam MSC terdiri daripada kerajaan elektronik,tele-pembantu.sekolah bestari,kad pintar, pemasaran tanpa sempadan, kelompok penyelidikan dan jaringan perusahaan dunia. Sekolah Bestari telah diwujudkan untuk mentransformasikan pendududk agar bangsa Malaysia abad ke-21 dapat menguasai teknologi maklumat.
Konsep ICT merangkumi 3 polisi :
1.      ICT untuk semua pelajar
2.      ICT sebagai alat pembelajaran dan pengajaran.
3.      3. ICT digunakan untuk meningkatkan produktiviti,kecekapan dan keberkesanaan sesuatu sistem penguasaan.
 Aplikasi internet dalam pendidikan.
Internet digunakan dalam tugasan harian atau melibat proses P and P. Pergunaan internet banyak memberikan sumbangan dalam pendidikan antaranya adalah :
1.Menyediakan peluang untuk penambahbaikan mutu penddidikan .
2.Memenuhi kehendak individu dalam program pendidikan.
3.Memberi peluang pelajar belajar ketentang penggunaan internet

Kegunaan Internet
·        Komunikasi -  membentuk isolasi masyarakat dalam penggunaaan e-mel:
                           -  P & P  guru dan murid boleh berbincang dan bersoal jawab
                     -  Mendapat khidmat nasihat pakar
                        - Berkongsi idea(murid) – idea,latihan,AB
                        - Berkongsi bahan atau projek dengan pelajar sekolah lain
                        - Berbincang dengan rakan     
                        - Berkomunikasi dengan rakan luar Negara
                        - Bahan – bahan mudah diperolehi
·        Peroleh maklumat -  laman web dalam bantuan pengekalan data & dokumen
·        Penyiaran maklumat -   G&M menyiarkan bahan dalam internet cepat & murah
·        Pembelajaran interaktif dalam talian -  E-learning @ pembelajaran melalaui online pelajar –pelajar belajar di mana – mana sahaja ( pembelajaran maya )menyebarkan maklumat secara global.
·        E- Library – Perpustakaan on line berisi 800 juta maklumat boleh diakses seluruh dunia.                                                                                                                                            
·        Edukasi net - - internet menyediakan pentas – pentas perbincangan dalam pelbagai subjek. Pelajar & pengajar berkongsi maklumat tanpa batasan. Komunikasi dua hala dilakukan antara dua atau lebih perguna.
·        Pindahkan fail (FTP) - penggunaan internet lagi menyalin satu fail dari satu komputer ke satu komputer.
·        Telesidang video – Video interaksi dua hala boleh menghantar dan menerima maklumat dari lokasi yang dilengkapi kamera , mikrofon dan monitor video dan penggunaan satelit.
          Aktiviti Pembelajaran Internet
·        Menyokong ujikaji saintifik
·        Merekacipta laman Web
·        Komunikasi melalui Internet

Penggunaan Internet dalam pembelajaran dan pengajaran dapat meningkatkan minat dan prestasi murid.

4 comments:

  1. Penggunaan ICT amat penting dalam sistem pendidikan sekarang.Sebagai guru kita perlulah berubah.

    ReplyDelete
  2. Guru perlu ikut perubahan zaman..jangan biarkan anak murid kita mendahului kita kerana kita adalah penggerak mereka...baik yang datang dari kita baiklah jadinya..

    ReplyDelete
  3. Nabi pernah bersabda ajarlah anak-anakmu mengikut zamannya.Sebagai ibu bapa kita haruslah mengikut peredaran masa.Sesuatu perubahan itu ada baik dan buruknya.Sama - samalah kita pantau perjalanan hidup anak kita agar tidak tersasar daripada landasan yang betul.

    ReplyDelete
  4. para pendidik seharusnya melengkan diri dengan kemahiran ICT, barulah dapat membimbing anak didik melayari dunia IT kerana kita adalah sebagai fasilitator, yang akan mencorak masa depan mereka

    ReplyDelete